SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 7 July 2014

Nota Terakhir Dari Ibu Buat Anaknya..


Bismillah.

Alhamdulillah ALLAH beri saya kelapangan untuk menulis hari ini.

Al fatihah buat allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Sebagai seorang ibu hati saya benar benar tersentuh dan saya fikir saya ingin kongsikan catatan indah ini buat ingatan saya dan semua ibu bapa diluar sana.

Allahu sungguh meresap dhati ini dan saya pasti ramai yang berimpian begini jua terhadap anak anak syurga kita semua. Sungguh saya memasang impian ingin sepertinya mendidik anak beliau sebegitu hebat sebagai bekalan disana nanti. Semoga ALLAH permudahkan impian ini jua nanti.


Disaat begini, kekadang ada perasaan gundah menyelinap dihati kecil saya. Yer saya tahu kematian itu pasti tetapi bersediakah saya dengan mata memandang anak anak yang masih kecil yang menuntut belaian dan kasih sayang dari saya sebagai seorang mama.

Anak anak syurga kami
Membesarla dengan iman dihatimu selalu anak..
Zharif Syahmi anak soleh kami

Ya ALLAH.. disaat begini saya hanya memohon saya masih diberi kesempatan untuk melihat anak saya membesar ditangan saya. Membantu lebih ramai insan insan diluar sana.  Saya muhasabah diri..duhai anak..duhai adik2..duhai suami dan abah saya yang masih memerlukan saya...

Ya ALLAH...bantulah saya berbicara yang baik baik..bersangka yang baik baik..kerna saya tidak mahu ada tulisan saya meninggalkan kesan menyakitkan pada insan lain dan hanya padaMU ku bermohon memberi penilaian setiap amalan perjalananku..

Dikesempatan bulan mulia ini jua saya mohon hati ini dperkuatkan untuk sering mengingati arwah emak dengan doa kasih syg dari kami adik beradik..

andainya satu masa saya pergi dulu..izinkan ada yang membaca sudikanlah sedekahkan al fatihah buat saya


NOTA TERAKHIR DARI IBU KEPADA ANAKNYA

1. Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK :


In Shaa ALLAH, Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan. Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu. Kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang.Saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

2. Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama. Mendapat undangan berbuka puasa besama. Kadang-kadanG Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya.

3. Setiap kali dia jadi Imam, Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang.
Air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga Bacaan nya sedap sekali & n.yaman didengar.

4. Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka .
Saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima . Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….

5. Lidah nya dah jadi lidah Arab.
11 tahun belajar diMadinah….

6. Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami.

7. Routine kami di bulan Ramdhan ,selepas berbuka, Kami berterawih…
Baca AlQuraan & tidur sekejap..
Jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud.
Saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh.

8. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama…
Makanan Aliff sangat simple.
In Shaa ALAH, Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan. Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

9. 3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga.
Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus.
Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

10. Dalam pada perbualan yang ringkas
Saya tidak lupa memesan kepada Aliff…
jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…
Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami.

11. Mami akan tersenyum dan bangga.
Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….
Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah….

12. Jika Mami sakit dihospital, orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar.
Jaga Hijab Mami. Sekarang zaman HP modern…

13. Saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet.
Jika mami sakit di hospital,
Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami
Baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

14. Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.
Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..

15. Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

16. Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan.

17. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!


Sungguh...catatan nukilan ini buatkan saya rasa hebatnya seorang ibu berjuang memberi yang terbaik buat anaknya sepanjang hidupnya. Alhamdulillah pengakhirannya sangat indah dijemput ALLAH dalam keadaan yang sangat hebat dimata kasar saya ini.

Al fatihah buat beliau.
Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 13 June 2014


KERANAMU ABAH, PUNCAK KEJAYAAN PASTI AKAN ALONG DAKI !!

Bismillah.

Malam ini seakan terasa sendu yang amat dalam. Rindu yang mencengkam jiwa. Deruan angin bagaikan menyapa rasa pilu kerana teringatkan arwah emak. Saya terasa ini  mungkin kerana makin dekatnya puasa. Airmata bagaikan hujan membasahi wajah. Usai membaca yasin saya bagaikan rasa seperti emak ada disisi memeluk dan mencium saya. Subhanallah..ia hanya rasa tetapi saya bersyukur kerana berpeluang walau Insan kesayangan saya tiada lagi untuk dipeluk dan dicium.


Sungguh..titik. SAYA KERINDUAN pada kasih seorang emak.


Saya beristighfar mengingati kembali, dunia yang nyata. Kini, saya masih ada keramat hidup yg perlu saya kasihi hingga hujung nyawa yang masih saya adik beradik boleh pegang sentuh dan peluk ketika rindu bertamu dhati. Terima kasih ya ALLAH masih meminjamkan kami seorang insan yang sangat mulia dan pengasih iaitu dari kami mula pandai menyebut hinggalah kami membesar kini kami memanggilmu dengan panggilan "ABOH". 



WE LUV U ABOH SO MUCH


KERANAMU ABOH..

Ketika dunia terus berputar, meraikan lelaki lelaki kesayangan mereka. Aboh tetap dihati saya. Seakan bersalah tidak dapat melihat insan yang bersusah payah membesarkan saya dan adik2 selama ini didepan mata walau minggu lepas baru berjumpa. Rasa sayu rasa rindu bila melihat semakin banyak kedut diwajahnya. Semakin kasar tapak tangannya untuk mencari rezeki buat kami adik beradik. 

Dialah insan pertama yang azankan saya, yang menyambut saya dengan penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang. Saya merupakan Puteri sulung pengikat kasih. Saya dijaga dengan penuh cinta dan sayang kerana hampir 3 tahun menunggu akhirnya ALLAH kurniakan saya buat mereka. Bertuahnya saya dibesarkan emak dan aboh yang menjaga saya dengan sepenuh jiwa raga.

HERO DIHATI KAMI ADIK BERADIK


Saya masih ingat dari saya kecil hingga besar tidak pernah secubit cubitan atau pukulan yang hinggap dibadan saya kerana kata abah saya anak yang mendengar kata. Sewaktu sekolah rendah saya pernah dibuli oleh pelajar lelaki abahlah insan yang menjadi Hero yang menyelamatkan saya. Dan sewaktu saya putus cinta kali pertama abah jua la yang memberi sokongan membangkitkan jiwa saya untuk kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sungguh manis dikenang saat indah bersama dengan abah dan arwah emak. Dari kecil saya membesar dengan kelembutan dan ketegasan abah. Abah memang lelaki yang sangat baik buat kami sekeluarga. 

Sewaktu arwah emak dalam pantang kesemua kami 7 beradik selepas saya, abahlah yang uruskan keperluan arwah emak. Dari bermula tanam uri, rebus herba akar kayu, basuh napkin, sidaikan kain, mandikan baby dan uruskan emak. Saya masih ingat lagi dan saya pernah memasang impian inginkan suami sebegitu. Saya sangat bangga dengan 'hero" saya ini.

Abah bersama anak menantu dan cucu cucu kesayangan

Untukmu ABOH..

inn sya ALLAH selagi nyawa dikandung badan. Along akan usahakan menjadi anak yang mampu membanggakan dirimu dan membahagiakan dirimu. Doakan setiap langkah dan kejayaan buat kami sekeluarga dan anak anak mu semua. Aboh dan arwah emak  selalu ada disetiap doa doa kami anak anakmu. 

Dikesempatan ini, along tujukan khas lagu dibawah ini buat aboh. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan merahmati ABOH selalu. Salam kasih sayang buat aboh. Inn Sya ALLAH kekuatan along tetap masih berharap bersama doa dari aboh jua ..ameen..




Mohon doa dari semua yang sudi membaca blog ini.
Marilah kita bersama sama mendoakan kesejahteraan buat kedua ibu ayah yg sangat kasihi selagi hayat mereka ada.

Ya ALLAH..jagakan insan kesayangan kami dimana jua aboh berada.






Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Doakan saya menjadi anak yang berguna buat keluarga dan agama.
Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2013-2014 Reserved to Mama Syakila's Blog's
Design by Azhafizah.Com