SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 13 June 2014


KERANAMU ABAH, PUNCAK KEJAYAAN PASTI AKAN ALONG DAKI !!

Bismillah.

Malam ini seakan terasa sendu yang amat dalam. Rindu yang mencengkam jiwa. Deruan angin bagaikan menyapa rasa pilu kerana teringatkan arwah emak. Saya terasa ini  mungkin kerana makin dekatnya puasa. Airmata bagaikan hujan membasahi wajah. Usai membaca yasin saya bagaikan rasa seperti emak ada disisi memeluk dan mencium saya. Subhanallah..ia hanya rasa tetapi saya bersyukur kerana berpeluang walau Insan kesayangan saya tiada lagi untuk dipeluk dan dicium.


Sungguh..titik. SAYA KERINDUAN pada kasih seorang emak.


Saya beristighfar mengingati kembali, dunia yang nyata. Kini, saya masih ada keramat hidup yg perlu saya kasihi hingga hujung nyawa yang masih saya adik beradik boleh pegang sentuh dan peluk ketika rindu bertamu dhati. Terima kasih ya ALLAH masih meminjamkan kami seorang insan yang sangat mulia dan pengasih iaitu dari kami mula pandai menyebut hinggalah kami membesar kini kami memanggilmu dengan panggilan "ABOH". 



WE LUV U ABOH SO MUCH


KERANAMU ABOH..

Ketika dunia terus berputar, meraikan lelaki lelaki kesayangan mereka. Aboh tetap dihati saya. Seakan bersalah tidak dapat melihat insan yang bersusah payah membesarkan saya dan adik2 selama ini didepan mata walau minggu lepas baru berjumpa. Rasa sayu rasa rindu bila melihat semakin banyak kedut diwajahnya. Semakin kasar tapak tangannya untuk mencari rezeki buat kami adik beradik. 

Dialah insan pertama yang azankan saya, yang menyambut saya dengan penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang. Saya merupakan Puteri sulung pengikat kasih. Saya dijaga dengan penuh cinta dan sayang kerana hampir 3 tahun menunggu akhirnya ALLAH kurniakan saya buat mereka. Bertuahnya saya dibesarkan emak dan aboh yang menjaga saya dengan sepenuh jiwa raga.

HERO DIHATI KAMI ADIK BERADIK


Saya masih ingat dari saya kecil hingga besar tidak pernah secubit cubitan atau pukulan yang hinggap dibadan saya kerana kata abah saya anak yang mendengar kata. Sewaktu sekolah rendah saya pernah dibuli oleh pelajar lelaki abahlah insan yang menjadi Hero yang menyelamatkan saya. Dan sewaktu saya putus cinta kali pertama abah jua la yang memberi sokongan membangkitkan jiwa saya untuk kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sungguh manis dikenang saat indah bersama dengan abah dan arwah emak. Dari kecil saya membesar dengan kelembutan dan ketegasan abah. Abah memang lelaki yang sangat baik buat kami sekeluarga. 

Sewaktu arwah emak dalam pantang kesemua kami 7 beradik selepas saya, abahlah yang uruskan keperluan arwah emak. Dari bermula tanam uri, rebus herba akar kayu, basuh napkin, sidaikan kain, mandikan baby dan uruskan emak. Saya masih ingat lagi dan saya pernah memasang impian inginkan suami sebegitu. Saya sangat bangga dengan 'hero" saya ini.

Abah bersama anak menantu dan cucu cucu kesayangan

Untukmu ABOH..

inn sya ALLAH selagi nyawa dikandung badan. Along akan usahakan menjadi anak yang mampu membanggakan dirimu dan membahagiakan dirimu. Doakan setiap langkah dan kejayaan buat kami sekeluarga dan anak anak mu semua. Aboh dan arwah emak  selalu ada disetiap doa doa kami anak anakmu. 

Dikesempatan ini, along tujukan khas lagu dibawah ini buat aboh. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan merahmati ABOH selalu. Salam kasih sayang buat aboh. Inn Sya ALLAH kekuatan along tetap masih berharap bersama doa dari aboh jua ..ameen..




Mohon doa dari semua yang sudi membaca blog ini.
Marilah kita bersama sama mendoakan kesejahteraan buat kedua ibu ayah yg sangat kasihi selagi hayat mereka ada.

Ya ALLAH..jagakan insan kesayangan kami dimana jua aboh berada.






Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Doakan saya menjadi anak yang berguna buat keluarga dan agama.
Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Percaya Sampai Berjaya : Kunci Kereta itu MILIK saya !!

Bismillah.

Setinggi tinggi nikmat kesyukuran atas segala nikmat yang ALLAH berikan.
Ahamdulillah selesai sudah majlis Shaklee National Conference yang berlangsung di Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur yang  berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7-8 Jun 2014.

Percaya tak, ini adalah kali pertama saya menghadiri majlis sebegini hebat dan mendapat jemputan untuk suami isteri atas usaha kami yang awalnya ingin membantu kesihatan insan insan yang kami sayang dan rakan rakan sekeliling kami tetapi akhirnya menjadi asbab untuk kami meraih kejayaan. 

Benarlah kata kata mentor kami, The more u give the more u get back. Help other to help other to help others !


Jommm kita layan apa yang best sepanjang berlansungnya majlis sekitar Shaklee National Conference.  Untuk perkongsian dengan anda semua, Shaklee National Conference ini diadakan bagi meraikan kejayaan semua Independant Distributor Shaklee terutamanya yang berjaya dengan cemerlang dalam bisnes Shaklee yang mereka usahakan. Pelbagai kategori awards yang akan disampaikan sepanjang event 2 hari ini.
 
FANOMENA SHAKLEE DI MALAYSIA

Sebenarnya yang best buat shaklee ini ialah sebab kami memang berada didalam group yang betul. Yang benar benar happening dan membantu serta ingin melihat kejayaan kami. Memang datang ke confrence ini kita dapat rasakan aura aura insan hebat disekeliling kita. Energy mereka, senyuman dan keramahan mereka membuatkan saya percaya kenapa mereka yang terpilih untuk berjaya dengan biznes kesyanagan ramai ini.

Di kesempatan ini nanti saya akan kongsikan gambar gambar sepanjang saya berada di sana bersama sama team MFMS yang best dan master2 yang sempat saya bergambar. Ruginyeeeee tak join awal awal. Tapi better than late kan. Alhamdulillah saya dan suami saya muza berjaya juga menerima 2 award untuk cycle tahun ini iaitu :

   Car Bonus Achiever
                Business Growth - New Rank Achiever








Alhamdulillah...IMPIAN saya semakin menuju realiti. Saya mula percaya sebelum berjaya. Saya mula yakin dengan potensi diri. Belajar memahami bahawa setiap dari kita memang dilahirkan untuk menjadi leader. Tak percaya takpe..tapi kalau buat mesti Best. Perasaan yang sangat indah bila naik pentas dapat award bagi kategori Car Bonus Achiever. Bukan Mudah nak dapat kelayakan tetapi alhamdulillah janji ALLAH untuk insan insan yang berusaha Man jadda Wajada.

Akhirnya Kunci Kereta Itu Milik Saya dan suami !!



Bersama award dan replika kunci kereta

Bersama sama ini juga saya kongsikan detik detik keseronokan bersama team MFMS.
Ini adalah pada hari pertama majlis berlansung. Oh ye..anak shaklee saya juga terpilih untuk 1 award dari shaklee. TAHNIAH syita Najib.. Alhamdulillah..bersyukur sangat, inn sya ALLAH tahun depan lebih ramai anak2 saya naik pentas terima award. Ini janji saya..percaya sebelum berjaya dengan kuasa tindakan.

Bersama anak shaklee saya Syita Najib




Bersama Mentor kesayangan iaitu Master Kam Maria


Team MFMS bersama geng Lelaki yang hensem dan sporting




Oh ye..dalam limpahan ramai insan2 hebat menerima award, saya ternampak Mr Roger Barnet iaitu CEO shaklee tengah tersenyum melihat kami. Alhamdulillah sempat bergambar kenangan bersama insan insan hebat dalam membangunkan empayar shaklee.




 Sebelum majlis bermula , kami suami isteri merakam dan mengambil gambar di sekitar ruang dewan sebagai kenangan untuk motivasi akan datang bahawa kami pasti akan bawa lebih ramai anak cucu kami naik pentas =)


Senyum nak sedut Aura Puak shaklee yang hebat


Kenangan Terindah bersama Shaklee


Di depan poster CEO SHAKLEE MR ROGER BARNETT






Bersama "adik beradik" shaklee saya yg layak untuk award Car Bonus

Alhamdulillah...ini baru sekitar hari pertama. Nanti saya akan kongsikan untuk hari kedua yang lebih happening, awesome dan besttt sangat bersama grup powerful kami =)







Alhamdulillah...terima kasih ya ALLAH atas segala nikmat.
Sungguh saya sangat sayangkan bizness yang hebat dan mendekatkan diri saya dengan kecintaan yang lebih mendalam dengan ALLAH.

Jumpa lagi next entry tentang keseronokan kami bersama team yg havoc ini.
Mohon doa kalian semua . Inn sya ALLAH trip seterusnya ITALY pasti milik kami =)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi SYAKILA untuk:-

FREE CONSULTATION
GROUP HAPPENING
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!
                                                                     
Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2013-2014 Reserved to Mama Syakila's Blog's
Design by Azhafizah.Com