SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 18 November 2013

KENAPA SAYA BERNIAGA




Assalamualaikum dan salam ceria semua =)

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk intiqamah menulis. Cabaran pada diri ingin berkongsi dan terus memberi..moga Allah permudahkan.


Sejujurnya saya masih baru dalam dunia bizness ini. Tapi saya memang membesar dengan asuhan jiwa berniaga oleh arwah emak saya. Saya merupakan anak sulung dari 7 beradik. Abah saya hanya seorang polis biasa yang mana gajinya hanya sekadar biasa sahaja.


Arwah emak membesarkan saya dengan cara inginkan sesuatu perlu usaha untuk dapatkannya. Saya masih ingat dan takkan lupa detik setiap jam 5 pagi bangun bantu emak untuk goreng kuih donat dan roti "keramat". Oh donat arwah emak saya memang terkenal yer...hingga masyarakat sekeliling memanggiLnya "cik ani donat"..ramai yang menyukai donat arwah mak saya..



                                              Gambar sekadar hiasan semata-mata sahaja

Waktu itu donat arwah emak saya ia berkonsepkan grg panas2 dan hantar ke gerai2 berdekatan. begitulah rutin saya setiap pagi..tapi alhamdulillah tiada sifat malu dalam diri saya. Mungkin sebab saya anak sulung. saya faham kesusahan emak abah saya membesarkan saya dan adik2..

saya merasa peritnya ingin dapatkan duit. saya merasa bawa duit 20 sen ke sekolah. Saya merasa pergi menjaja di pasar2 untuk jualan bihun grg, mee goreng dan laksa. saya merasa berjalan kaki jauhnya hingga boleh berhnti minum air paip dulu dekat masjid. Tapi itulah yang mndewasakan saya.


Bila tiba bulan puasa, saat yg dtunggu sebab arwah mak saya akan berniaga dtapak bazar ramadan..penuh 3 meja dengan kuih dan juga lauk pauk. Ada yg membantu arwah mak saya dirumah ketika itu. Rupanya waktu ini,arwah mak saya dh menjadi nilai tambah kepada orang lain disamping mencari rezeki buat keluarga.


Bukan sekadar arwah mak saya, arwah opah dan juga bapa saudara saya kebanyakannya berniaga. Buka kedai makan, buka mini pam stesen minyak di kampung2. Buka kedai runcit dan juga pelbagai bines kecilan yang lain. Jadi saya sudah terdidik dengan jiwa orang yang berniaga. Saya melihat jatuh bangun mereka dalam bizness.





Bila lihat situasi ni, saya terfikir alangkah bagusnya andai arwah mak saya, arwah opah saya dan bapa saudara saya ada ELMU yang cukup serta mentor dalam biznss mereka untuk kembangkan perniagaan mereka. Cth, emak saya ada kepakaran dalam produk makanan seperti donut yg sangat gebu dan resepi barunya ketika itu iaitu donat kentang. memang sangat sedap. Andaikata DAO sudah wujud mungkin arwah emak saya sudah mengembangkan makanan secara frozen..


Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Allah sedang aturkan yang lebih baik buat kita hambanya. Semangat berniaga itu dwarisi oleh saya. Alhamdulillah saya berjumpa mentor yg bagus dan baik. Dia tunjukkan jalan pada saya untuk menju sebuah kejayaan.Tinggal tindakan dan duplicate cara yang telah mereka lakukan sahaja.


Dua hari lepas saya dan suami telah menghadiri seminra secara PERCUMA!! . Sangat bertuah rasanya bukan senang nak jmpa seminar yg begitu hebat tanpa satu sen pun bayaran yang dikenakan. Moga ALLAH terus meluaskan rezeki buatnya. Saya juga ingin berkongsi ilmu yang sangat berharga dari seminar magnet kekayaan anjuran dr azizan osman. Sangat bertenaga dan memberi inspirasi kepada saya suami isteri.


Inn sya Allah..SAYA KAYA DAN BERJAYA...kaya bukan berfokus pda wang tapi kaya pada konsep mampu memberi dan bersedekah. Mencari dan terus mencari saham akhirat..Amin moga Allah permudahkan.


Orang yg LUAR BIASA gunakan jumlah kekayaan yang mereka dapat untuk MELABUR bukan MENGHABIS. Bagaimana nak melabur kalau ilmu pelaburan tiada. Tiada pula mentor yg baik dan ingin benar-benar membantu serta sistem pelaburan yg baik. Bisnes adalah jalan terbaik....TETAPI adakah anda sanggup MENCABAR diri untuk itu??? Ini soal penting. Hendak melakukan perkara yg LUAR BIASA bukan tindakan orang biasa tetapi itu tindakan BERANI MATI ORANG YG LUAR BIASA.





Jika anda ingin join bisnes dengan saya....beri saya RM 75 untuk daftar maksimum (yuran seumur hidup) dan semangat kental serta proaktif untuk mencapai kejayaan bersama team kami....dan ketika ini anda terpaksa KAYA dan BERJAYA. Kita bergerak sama-sama. Jika tidak mahu, sila buat bisnes yg anda suka dan niatkan untuk bantu orang lain . Bukan saya minta share pun tapi sebab saya GEMBIRA dan BERDOA yg TERBAIK untuk anda :). Saya gembira kerana anda bertindak untuk BERUBAH, saya berdoa kerana sebuah hadis nabi,"9/10 rezeki ada dalam perniagaan". Saya berdoa supaya Allah jamin rezeki perniagaan anda sepertimana Nabi janjikan dalam hadisnya ini.


Saya kongsikan sedikit amanat yang saya dapat dari Seminar Dr Azizan Osman :


1.Kalau bekerja, ada tempat bekerja nak Solat Dhuha pun haram.
2.Tapi ramai yang tak kisah, sebab dia tak buat pun Solat Dhuha.
3.Dr. Azizan dah stop buat seminar di Alor Setar & Ipoh sebab tak gembira dengan respond orang sana.
4.Jangan cuba hidupkan orang mati.
5.10 tahun akan datang, kalau u tak ubah apa yang u buat hari ni, u akan tersepit seperti anjing tersepit.
6.10 tahun akan datang kalau u masih macam sekarang, u tak akan boleh beli rumah.
7.Harga rumah tak akan pernah turun. Kalau u tak puas hati dengan harga rumah, u nak protest nak B***L (tuuuutt...) tengah-tengah jalan pun, harga rumah tetap tak akan turun.
8.Teruskan hidup macam ni, selesa dengan Kanc.
9.Isunya sekarang, kita tak ada niat nak perbaiki diri dengan ILMU.
10.Kita jadi pembeli terbesar.Bukan penjual.
11.Berapa ramai yang nak selesaikan hutang dia?
12.Ramai yang bekerja fikir macamana nak survive?
13.Bila bekerja di company besar, tapi gaji tetap tak cukup, buat loan.
14.Gaji tak cukup untuk bayar loan,buat pinjaman pulak. Gali lobang tutup lobang.
15.Doc kata, dia pun buat perkara yang sama. Masa tu dia kenal rapat dengan semua syarikat/organisasi yang bagi pinjaman.
16.Dulu Doc bekerja di firma saham. Doc sakit hati tengok orang banyak duit. Salah seorang adalah seorang apek sayur yang dah main saham selama 20 tahun.
17. Apek ni pakai seluar pendek je. Tu pun sebulan dapat RM56K.
18.Kata Apek tu, duit sayur simpan untuk anak belajar di Australia.
19.Apek ni survive dengan duit main saham.
20.Kita survive dengan duit main hutang.
21.Kalau tak reti, buat cara tak reti dan belajar.
22.Sikap Melayu, kelemahan kita take things for granted, sambil lewa, tak anggap serius.
23.375,000 orang Doc dah ajar dan dah terbukti.
24.Saya sendiri jadi usahawan dan tahu bestnya jadi usahawan, kata Doc.
25.U ada pilihan nak beli apa yang u suka.
26.Kalau u bawak RM1 boleh beli apa?
27.Ada yang kata, kalau banyak duit nak buat apa?
28.Bodoh...dengar sini, kalau banyak duit, bayar zakat!..Atau atleast bayar hutang...
(Tipulah kalau tak ada hutang tu..kan?.. :)P )
29.Jangan judge orang, lain orang intention dia berbeza.
30.Tahun 2014 makin menjelang, apa u nak buat ? Nak berniaga? Berapa ramai yang berniaga melingkup?
31.Doc pernah main saham. RM170K rugi dalam masa 6 minit saja.
32.Takkan nak tanya Cina sayur? Aku kan pandai..
33.Kalau magnet programming dia lingkup, apa yang dia pegang semua lingkup.
34.Dari tahun 1998 - 2000 Doc jual macam-macam,melompat katak.
35.Kenapa dulu saya tak boleh berjaya? Tanya Doc..Bukan tak pandai, bukan sekolah tak tinggi CGPA 3.74 dengan subjek finance 9A.Paper Entrepreneurship pun dapat A+.
36.Bila comes to reality...Bull shit!..
37.Bila nak berniaga, mak kata kalau berniaga mesti rugi.
38.Apa masalah saya yang paling besar? Programming saya tak betul.
39.Tapi kemudian ada sorang Cina ni yang ajar, iaitu Peter Lau. Dia tanya, siapa ajar kau berniaga? Doc jawab ..lecturer.
40.Lecturer tu pernah berniaga? Tanya Peter Lau.Of course lah tak pernah..kalau dia berniaga dia tak akan kerja lecturer tu dah.

Sebenarnya ada part yang lagi best sebenarnya tentang MAGNET.Macamana nak jadi MAGNET? Nak tahu ke?..Kalau nak tahu, saya sambung esok lah yer. Semoga semua dapat belajar sesuatu dari sharing ini. Jumpa lagiiii....

 Beristighfar 100 kali dan berselawat 1000 kali. Alhamdulillah...best sangat rasanya bila dapat praktikkan ini.Rasa lapang dada dan ketenangan. Thank you to Dr.Azizan Osman atas ilmu ini.






 Jika anda sukakan artikel ini, sila tekan butang LIKE di atas dan kongsikannya bersama rakan-rakan anda yg lain...semoga ia membawa manfaat kepada yang ingin menceburkan diri dalam biness ! Satu klik anda mungkin dapat mengubah HIDUP seseorang, jadi berusahalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan yg anda lain =)

Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Copyright © 2013-2014 Reserved to Mama Syakila's Blog's
Design by Azhafizah.Com