SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 13 June 2014


KERANAMU ABAH, PUNCAK KEJAYAAN PASTI AKAN ALONG DAKI !!

Bismillah.

Malam ini seakan terasa sendu yang amat dalam. Rindu yang mencengkam jiwa. Deruan angin bagaikan menyapa rasa pilu kerana teringatkan arwah emak. Saya terasa ini  mungkin kerana makin dekatnya puasa. Airmata bagaikan hujan membasahi wajah. Usai membaca yasin saya bagaikan rasa seperti emak ada disisi memeluk dan mencium saya. Subhanallah..ia hanya rasa tetapi saya bersyukur kerana berpeluang walau Insan kesayangan saya tiada lagi untuk dipeluk dan dicium.


Sungguh..titik. SAYA KERINDUAN pada kasih seorang emak.


Saya beristighfar mengingati kembali, dunia yang nyata. Kini, saya masih ada keramat hidup yg perlu saya kasihi hingga hujung nyawa yang masih saya adik beradik boleh pegang sentuh dan peluk ketika rindu bertamu dhati. Terima kasih ya ALLAH masih meminjamkan kami seorang insan yang sangat mulia dan pengasih iaitu dari kami mula pandai menyebut hinggalah kami membesar kini kami memanggilmu dengan panggilan "ABOH". 



WE LUV U ABOH SO MUCH


KERANAMU ABOH..

Ketika dunia terus berputar, meraikan lelaki lelaki kesayangan mereka. Aboh tetap dihati saya. Seakan bersalah tidak dapat melihat insan yang bersusah payah membesarkan saya dan adik2 selama ini didepan mata walau minggu lepas baru berjumpa. Rasa sayu rasa rindu bila melihat semakin banyak kedut diwajahnya. Semakin kasar tapak tangannya untuk mencari rezeki buat kami adik beradik. 

Dialah insan pertama yang azankan saya, yang menyambut saya dengan penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang. Saya merupakan Puteri sulung pengikat kasih. Saya dijaga dengan penuh cinta dan sayang kerana hampir 3 tahun menunggu akhirnya ALLAH kurniakan saya buat mereka. Bertuahnya saya dibesarkan emak dan aboh yang menjaga saya dengan sepenuh jiwa raga.

HERO DIHATI KAMI ADIK BERADIK


Saya masih ingat dari saya kecil hingga besar tidak pernah secubit cubitan atau pukulan yang hinggap dibadan saya kerana kata abah saya anak yang mendengar kata. Sewaktu sekolah rendah saya pernah dibuli oleh pelajar lelaki abahlah insan yang menjadi Hero yang menyelamatkan saya. Dan sewaktu saya putus cinta kali pertama abah jua la yang memberi sokongan membangkitkan jiwa saya untuk kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sungguh manis dikenang saat indah bersama dengan abah dan arwah emak. Dari kecil saya membesar dengan kelembutan dan ketegasan abah. Abah memang lelaki yang sangat baik buat kami sekeluarga. 

Sewaktu arwah emak dalam pantang kesemua kami 7 beradik selepas saya, abahlah yang uruskan keperluan arwah emak. Dari bermula tanam uri, rebus herba akar kayu, basuh napkin, sidaikan kain, mandikan baby dan uruskan emak. Saya masih ingat lagi dan saya pernah memasang impian inginkan suami sebegitu. Saya sangat bangga dengan 'hero" saya ini.

Abah bersama anak menantu dan cucu cucu kesayangan

Untukmu ABOH..

inn sya ALLAH selagi nyawa dikandung badan. Along akan usahakan menjadi anak yang mampu membanggakan dirimu dan membahagiakan dirimu. Doakan setiap langkah dan kejayaan buat kami sekeluarga dan anak anak mu semua. Aboh dan arwah emak  selalu ada disetiap doa doa kami anak anakmu. 

Dikesempatan ini, along tujukan khas lagu dibawah ini buat aboh. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan merahmati ABOH selalu. Salam kasih sayang buat aboh. Inn Sya ALLAH kekuatan along tetap masih berharap bersama doa dari aboh jua ..ameen..




Mohon doa dari semua yang sudi membaca blog ini.
Marilah kita bersama sama mendoakan kesejahteraan buat kedua ibu ayah yg sangat kasihi selagi hayat mereka ada.

Ya ALLAH..jagakan insan kesayangan kami dimana jua aboh berada.






Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Doakan saya menjadi anak yang berguna buat keluarga dan agama.
Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Copyright © 2013-2014 Reserved to Mama Syakila's Blog's
Design by Azhafizah.Com