SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 6 June 2014

:SEGALANYA BERMULA DENGAN IMPIAN DAN MATLAMAT:

Assalamualaikum semua..

Hari ini setelah sekian lama menyepi dari blog, ila ingin kongsikan bersama kalian semua tentang perjalanan ila dalam dunia bizness shaklee ini yang masih baru.

Mesti ramai yang belum tahu bagaimana ila jatuh kasih seterusnya sayang dan cinta dengan bizness shaklee ini yang sangat memberi kesan besar dalam hidup ila sekarang.

Kini ila yg sekarang bukan lagi ila yang dulu. Ila yg ada ialah insan yang berpusing 180 darjah dari segi sikap, emosi dan cara berfikir. Syukur alhamdulillah ALLAH temukan ila dengan bizness shaklee ini. Sesuatu yg memang ila tak pernah jumpa semasa buat bizness lain.

Subhanallah..hebat sungguh aura yg ada. Aura yg tak mampu ila beli dimana mana melainkan bersama grup jutawan shaklee yg hebat dan awesome ini.

                                 


Ila masih ingat kali pertama ila nak join bizness shaklee ni adalah seperti insan lain ada impian dan matlamat teringat ayat sentap di atas membuatkan ila tidak bertangguh lagiIla bermula dengan impian nak cari side income lebih. Walau ramai yang kata ila seorang guru suami seorang enggineer itu bukanlah alasan ila hidup di zon selesa kerana ila rasa ila belum dapat kepuasan hidup untuk membantu insan lain.

Hari demi hari ila panjatkan doa semoga ALLAH permudahkan jalan ila membantu keluarga kerana ila masih ada tanggungjawab yang besar buat adik adik yg masih bersekolah dan di universiti yang perlu dibantu memandangkan ila anak sulung. Dalam pencarian ini, ila menemui sepasang suami isteri yg hebat iaitu master ila sekarang iaitu master kam maria dan juga mohd firdaus.

ila nekad tarikh keramat 7 september 2013 ila dan suami serta anak anak pergi terus ke rumah master maria dan firdaus di parit buntar untuk menuntut ilmu. Ila masih ingat ila datang dengan gelas kosong. Memang zero tentang bizness shaklee ini dan kebetulannya ada sepasang suami isteri yg lain juga datang ketika itu. Oh ye ! waktu ila datng ila langsung tak tahu yg bizness shaklee ini MLM yer..yg ila tahu ila ada impian dan ila pertaruhkan impian itu dengan mencari MENTOR.

ALHAMDULILLAH..pilihan ila tepat kali pertama bertentang mata dengan pasangan suami isteri ini satu perasaan meresap dijiwa..mereka sangat humble dan beraura. Masih terngiang pesanan mentor kita kena tahu kita berbiznes untuk apa. Mentor yg ila pilih memang tidak sia sia. ila dimasukkan dalam secret group yg hebat. ila diajar teknik jemput jemput rezeki. 


ila diajar bagaimana mewujudkan diri di fb. mengukuhkan kredibiliti ila di facebook itu 
sendiri. Katakan tidak pada aktiviti sentap dan update status yang negatif. Lama kelamaan ia meresap menjadi penarik kepada niat yg positif.




bersama Master Kam Maria my Idola

                            

alhamdulillah dengan izin ALLAH ila berjaya naik rank supervisor yang bestnye merasa pegang dapat bonus 4 angka pada hujung bulan tersebut dengan lakukan penuh konsisten memohon pada ALLAH dan tunjuk ajar dari master. Apa yang master bagitahu ila duplicate je. Tak ada tanya kenapa..perlu ke..sebab ila yakin orang yang dah berjaya akan bantu kita untuk sama sama berjaya.


Bulan kedua ..rezeki lagi ila dapat anak sulung iaitu syita najib. Anak sulung ni ialah anak shaklee ila yer ataupun downline tapi tak bestla nak panggil downline kamikan family. Bermula episod baru kami sama sama berjuang. Alhamdulillah saya teruskan langkah dengan Rank kedua shaklee iaitu SENIOR supervisor dan ita naik sebagai supervisor.



Impian percaya sebelum berjaya




Alhamdulillah kini keseronokan makin berganda..beratus ratus insan yang sudah berjaya ila bantu melalui suplemen shaklee. Banrkan bila kita niatkan dihati untuk membantu masalah insan lain inn sya ALLAH pasti akan ALLAH lorongkan rezeki dan kejayaan.






Benar..sungguh ila yakin bilamana dengan shaklee ila makin rasai miracle demi miracle dalam hidup. Pesan master kami Letak ALLAH tempat pertama dihati ..inn sya ALLAH pasti ada rezeki demi rezeki. Kerana yang pemberi rezeki yang membolabalikkan hati manusia adalah datangnya dari ALLAH jua. Suhanaallah dari insan yang alpa kekadang lalai saya sudah mula konsisten amalkan dhuha..menjadikan zikir sebagai amalan. Bizness shaklee hanyalah asbab sahaja tetapi saya bersyukur ALLAH tunjukkan saya jalan melalui bizness ini.



Ayuh sahabat shabat dan insan lain kita berubah dengan bermula melakar IMPIAN . Tuliskan ia dalam bentuk vision board. Ini di panggil the Power of Subconscious Mind semua org yg berjaya and powerful kerana MINDSET mereka yang hebat.

   
 

Bersama shaklee kali pertama saya jejakkan kaki ke seminar ilmu yang sangat awesome meresap dijiwa saya yang kini merupakan antara mentor saya jua dalam berbizness iaitu Dr Azizan Osman. Ilmunya memang merubah hidup saya dan yang paling saya syukuri suami saya bersama dalam perjuangan ini. Terima kasih sayang kerana selalu bersama saat susah senang.

Keseronokan buat bizness shaklee bersama team mariafirdaus ialah kami selalu diberi coaching bersama sama untuk meningkatkan ilmu bukan main redah dan yang best tidak dibiarkan terkontang kanting. Memng best..inilah yang saya harapkan...MENTOR yang selalu memberikan pancing bukan ikan yer..faham ke faham? hehe Join grup the most happening kami mesti faham.


TEAM FIGHTERS ANAK CUCU SAYA DALAM SHAKLEE






Kehidupan ini realitinya ada masam manis kan. Tipula bila berbizness ni seronok je. Ramai je yang reject saya. Ramai je yang memberi saya kata kata negatif tapi sebab saya pegang dan letak ALLAH dihati kata kata manusia tidaklah menjadi kudis buat saya. Lagipon yang best saya kan hidup berbiznes dengan berguru. Guru saya pesan biarkan biawak biawak ini. Teruskan matlamat kita. Jadi insan insan diluar sana yang masih tercari cari nak berbizness apa bolehlah fikirkan yang modalnya sangat minimum tapi memberi manfaat buat anda.

Dengan Shaklee pelbagai penghargaan diberikan dengan syarat
 BERUSAHA TANPA PUTUS ASA


Huru hara dengan order dari customer
Inn sya ALLAH ada banyak lagi yang akan saya dapat. Mesti ramai yang akan kata untuk apa hidup kejar anugerah bukan boleh bawa masuk kubur. Yer benar ini semua memang tak masuk kubur tetapi yang tinggal adalah ini antara bukti saya berjaya membantu lebih ramai insan diluar sana. Yang mana jika mereka berjaya pahalanya inn sya ALLAH akan saya dapat. Yang best buat shaklee ia sistem yang telus. Anda usaha anda strugle anda akan dapat tanpa perlu bodek upline anda tanpa perlu bermuka muka. Tiada mainan kotor disni.
Bestttkannnnn..inilah perasaan saya. Jujur saya sangat berlapang dada tanpa manusia hipokrit untuk saya naik rank. sebab ia berdasarkan usaha saya dan team.

akhir kata saya doakan semua yang berada diluar sana mulakan LANGKAH yang hebat dengan mempelajari pelbagai ilmu dan bizness yang memberi peluang pada kita untuk berubah ke arah hidup yang lebih selesa dan memberi manfaat buat insan yang lain.

Bersama MASTER LAILA dan sebelah dekla merangkap anak shaklee saya
yang kini sudah supervisor
Bersama Master IRA di master celebration
BERPELUANG MENJADI SPEAKER BERKONGSI PENGALAMAN

HADIAH DARI MASTER HAFSAH SEMPENA NAIK RANK

SEMINAR PEMASARAN ONLINE

Dan tak lupa buat abah serta adik beradik saya yang menjadi tulang belakang saya yang sama sama membantu saya dalam bizness shaklee. Terima kasih buat semua. Along Sayang Korang dunia akhirat.

BERSAMA ADIK SAYA YANG AMALKAN VITA C DAN VITA E SHAKLEE

BERSAMA ABAH TERSAYANG YANG AMALKAN VIVIX DAN SET SENDI

dan yang paling best adalah insan yang banyak menyuntik dan mengkritik saya ialah hubby saya sendiri. Terima kasih atas dorongan dan memberi rasa percaya saat saya down.

BERSAMA SUAMI TERSAYANG YANG SELALU ADA BERSAMA

Inn sya ALLAH..rank MASTER pasti dalam genggaman saya bersama team fighters saya semua. Ini janji saya lambat atau cepat ALLAH sedang aturkan. Mohon doa dari semua. Saya percaya sebelum berjaya.

Jumpa lagi di entri tentang BESTTTNYEEEEEE JOIN GROUP EMPAYAR MARIAFIRDAUS. 
Mohon doa semua semoga saya terus istiqamah. salam kasih sayang.

Bak kata pepatah;
Cari tandas, ikut lalat
Cari bebunga, ikut lelabah
Cari jutaan, ikutlah jutawan !!
Bersama org yg rajin, Anda tidak akan malas.
Bersama org bertekad anda tak akan murung.
Bersama org yg pintar, Anda jadi luarbiasa !!
Bersama org yg hebat, anda pasti berjaya !!!
TIRU ORG HEBAT,
ANDA TERPAKSA HEBAT!!!

~syakila si kental hati~

Disclamer : Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat. Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Copyright © 2013-2014 Reserved to Mama Syakila's Blog's
Design by Azhafizah.Com